Siang sekolah kebangsaan cina, petang sekolah agama, perkara macam ini ialah perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan pelajar di negeri johor. Kami wajib meneruskan 2 sekolah sekali gus dalam satu masa.
Penat? Sudah semestinya.
Pagi dah bangun pegi sekolah, balik terus siap pegi sekolah lain, hidup yang huru hara, kami selalu memasti masa itu cukup itu dibahagikan, dan langsung tak ada ruang nak bazir bazir masa ini.
Antara sekolah cina dengan sekolah agama mana saya suka?
Saya lagi suka bersekolah di sek cina, kerana ketika itu, saya diterima oleh kawan kawan berlain bangsa.
Bukan bermaksud saya menolak kawan kawan seaagama, tapi mereka yang menolak saya hanya kerana saya sekolah cina. Saya masih ingat, ustazah disekolah agama tersebut meng "condem" saya hanya kerana saya sekolah disekolah cina. Saya bukan antara pelajar fav kerana saya kurang pandai dalam kelas agama. Oleh kerana keputusan sek agama corot, ada yang mengatakan budak sek cina ini memang kurang pandai.
Iya, memang saya kurang pandai kerana saya tak minat belajar.
Last? Saya tetap usaha habis pengajian saya, dan saya bersyukur, kerana ada juga ustazah yang baik baik boleh terima saya, membantu saya untuk belajar agama.
Pengajaran dari atas memberi saya idea yang
Jika nak belajar atau sekolah di sekolah cina, pastikan pembelajaran dunia dan akhirat berjalan seiringan.
Jangan pandang rendah orang yang kurang tahu tentang agama, bagi mereka peluang untuk belajar bukan condemn, sebabnya, sekarang mereka tak tahu, tak semestinya selama lamanya mereka jahil.
Berfikiran terbuka menerima sesuatu, bukan berotak sempit, belum terima dan condem cukup- cukup. Tak semestinya kita terima itu kita setuju, kita terima sebab baru ada peluang nak memperbetulkan.
Itu sahaja sharing saya untuk hari ini... :)
Wassalam
No comments:
Post a Comment