Wednesday, 2 October 2013

Foon yew high school

Pada yang bersekolah kebangsaan, mereka mungkin tidak tahu tentang foon yew high school. Tapi pada kami yang bersekolah cina, terutama di JB, dapat masuk foon yew high school merupakan suatu kebanggaan.

Untuk pengetahuan pembaca semua, foon yew high school merupakan antara sekolah paling popular di kalangan mereka yang bersekolah cina, cuma yang berkelayakan sahaja dapat masuk. Sebelum masuk sekolah tersebut, setiap murid wajib take enrolment exam. Kalau lulus baru layak. 

Dan pada waktu itu, saya pun ada join juga. Masih segar dalam mind, time waktu exam, whole family saya bangun lambat dan saya juga lambat ketika itu. Masih sampai exam hall, semua sedang tekun jawab soalan exam, saya plak terkial kial nak cari tempat. Masa pun dah terlepas 30 minit. Tengok kerja exam pun, alamak, terkejut juga, susah, macam tak pernah nampak jekk kat paper Upsr. Hantam sajalarr.

Lepas 2 minggu, keputusan telah diumumkan di surat kahbar, berdug dag dug dag, jantung! Tengok punya tengok, nama tak ada dalam list! Sadis sunggu!! Tapi flip through lagi sekali, wahhhh, nama saya ada lar!!! Haha, excited sungguh! Yang buat saya excited, hanya saya seorang dalam kelas 6A, dapat masuk! Then, orang melayu plakkk tu!!! Tak ke bangga sampai ke langit! 

Papa dan mama happy sungguh sebab saya dapat masuk sekolah foon yew. Cuma ada sesetengah manusia yang typical ingat saya pilih foon yew sebab saya tak layak masuk sekolah menengah kebangsaan. Tak kisahlah apa dorang nak cakap, yang penting saya dapat masuk. 

Itu sajalah cerita untuk hari ini, banyak lagi saya akan share tentang kehidupan di sekolah foon yew! 

Wassalam... 

No comments:

Post a Comment

📣📣 3 Perkataan serta 3 Ayat Asas Mudah dalam Mandarin😁

📣📣 3 Perkataan serta 3 Ayat Asas Mudah dalam Mandarin😁 . Nak nampak best bersembang cina, boleh follow ayat ayat yang kami bagi ni... . ...