GHari ini seperti biasa, saya mengajar mandarin bersama student srjk c. Macam biasa lah saya akan tanya.
Suka tak tuition dengan teacher?
Banyak tak kerja tuition teacher bagi?
Ada baca tak kat rumah?
Budak budak cakap banyak kerja, banyak nak kena baca.
Sudah semesti saya hendak mendidik anak murid saya rajin membaca.
Kerja mereka katakan banyak itu hanyalah bacaan huruf selama 10 minit setiap hari.
Saya just cakap awak ambillah masa awak main ipad/ tengok tv untuk kerja teacher, bukankah lagi bermanfaat, dan awak pun boleh jadi pandai step by step.
Tak tahu lah mereka tu paham ke tak? Tak pe lah, yang penting saya lakukan tanggungjawab saya sebagai guru. Saya nak salurkan elmu saya sebanyak mungkin. Insya Allah
Then, waktu balik, salah satu parents datanglah ambil anak yang tuition dengan saya. Parents tu cakap, anak dia setiap hari pasti akan ambil buku yang saya beri dan baca. Bila saya dengar, happy gilerrrr! Rajin pula yea dia membaca! Bagus!
Saya cakap, cara saya ialahlah belajar tanpa stress. Saya tak minta anak murid saya pandai bahasa mandarin on the spot, tapi saya nak mereka baca bahan yang saya beri, tak banyak, tak sampai 10 huruf pun setiap hari!
Hafal? Saya tak minta mereka hafal juga, kerana kalau hafal, paksa masuk dalam otak, lama lama akan lupa juga!
Saya nak mereka kenal huruf! Hanya kenal huruf saja, kerana dengan kenal huruf mereka boleh buat homework mandarin mereka sendiri.
Kenapa kenal huruf?
Kalau tak kenal huruf macam mana nak jawab soalan? Macam mana nak faham soalan. Menghafal membabi buta hanya akan memenatkan otak dan buat kita rasa muak nak menuntut!
Cara saya ialah relax dan easy, dan saya juga suka share cerita, dengan share cerita akan menarik perhatian mereka, secara tak langsung akan buat mandarin masuk ke dalam jiwa mereka.
Tak susah pun, nak buat semua ini pada murid-murid, sebab kalau itulah minat kita!
Oklah, cukuplah pada hari ini, esok sambung yea...
Wasssalam