Sunday, 30 November 2014

Syukur...

Assalammualaikum semua..

sudah lama tidak berceloteh panjang dalam blog, maklumlah, baru nk menapak, jadi banyak kerja kena buat sendiri.

syukur, sudah setahun saya memulakan program latihan mandarin

syukur, kerana dalam setahun ini, banyak yg telah saya belajar

syukur, kerana Allah membuka ruang dan peluang pada saya untuk membantu rakan rakan bukan cina.

syukur atas sokong keluarga.

saya sangat bersyukur kerana mempunyai kedua iba bapa yg hebat! ibu bapa saya adalah motivasi saya untuk buat lebih baik!.

saya ingat lagi, permulaan saya yang tiada modal kewangan, yg saya ada hanyalah modal elmu.

Alhamdullillah, modal elmu tu dapat membantu saya dah juga rakan2 lain memantapkan kehidupan mereka dan memberi manfaat kepada orang lain.

Hari ini, saya tersenyum bukan kerana saya bangga dengan kejayaan saya, tetapi saya gembira kerana membuat kedua ibu bapa saya tersenyum. ya Allah, aku bersyukur sangat!

Ya Allah aku pohon padamu, lanjutkanlah usia, dan berikanlah kesihatan pada kedua ibu bapa ku agar aku dapat membalas jasa mereka, agar aku dapat menjaga mereka, menyayangi mereka seperti mana mereka menyayangi aku, bersusah payah untk aku ketika aku masih kecil.

setiap kali tengok muke keletihan pada papa n mama, saya rasa sangat sedih! sedih kerana mereka kepenatan untk menjaga keluarga ini, sedih kerana saya masih belum mampu menyenangkan mereka,

itu saja untuk hari ini..

insyaAllah, kita akan berjumpa lagi

yg ikhlas

Cikgu Zazah

Mandarin language coach.

No comments:

Post a Comment

📣📣 3 Perkataan serta 3 Ayat Asas Mudah dalam Mandarin😁

📣📣 3 Perkataan serta 3 Ayat Asas Mudah dalam Mandarin😁 . Nak nampak best bersembang cina, boleh follow ayat ayat yang kami bagi ni... . ...