Friday, 12 September 2014

Tentang hp... Penat juga nak fahamkan mereka ni..

Assalammualaikum 


Beberapa hari ni mengajar mandarin bersama anak murid.


Saya pun membebel kan mereka sebab malas, x buat homework tuisyen. 


Dan saya cakap, kesian ibu n ayah awak, siang malam kerja, balik kerja uruskan awak, kemas rumah, masak cuci baju, penat tau..! Dengan selamber dorang jawab


Budak A: mak kita balik umah je main handphone.


Budak B: mak kita pun  sama 


Budak C: bapak kita selalu main handphone depan sofa


Budak D: mak kita suka main facebook, tiap2 hari buka facebook.


Cikgu jawab: awak tahu x, mak awak buat apa kat facebook, mak ayah awak tu buat business kat fb, cari duit lebih nk bayar duit tuisyen awak. 


Mereka jawab: tak lah lao shi, mak saya main game, baca novel, main facebook, ketawa- ketawa tengok handphone...


Lao shi: adui... 

No comments:

Post a Comment

📣📣 3 Perkataan serta 3 Ayat Asas Mudah dalam Mandarin😁

📣📣 3 Perkataan serta 3 Ayat Asas Mudah dalam Mandarin😁 . Nak nampak best bersembang cina, boleh follow ayat ayat yang kami bagi ni... . ...